Monday 30 April 2012

kawan dan sahabat ? :)


Beza antara KAWAN dan SAHABAT, TAK SAMA. Kebenarannya, kawan dan sahabat adalah dua istilah yang berbeza. Pernahkah anda dengar pepatah mengatakan "Berkawan Biar Beribu, Berkasih Biar Satu"? Apa kata anda? berkawan biarlah beribu, tapi kawan yang macam mana yang tergolong dalam beribu itu. Senang sekali saya katakan bahawa kawan memang mudah untuk dicari, namun tidak semua kawan yang boleh anda letakkan mereka di dalam kategori sahabat.
Apa beza kawan dan sahabat?, "Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala kita amat memerlukan dia. Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan sedia bersama kita dalam semua keadaan, susah ka, senang ka, sahabat tetap akan setia."Kawan mudah di dampingi sekiranya anda berduit, bergaya walhal sahabat orang yang akan sentiasa berdamping walau apa pun jua keadaan anda.

Memang benar, sahabat adalah salah seorang yang penting dalam hidup kita. Tidak semestinya anda bersahabat, mereka harus mengekori anda selama 24 jam. Sahabat ialah mereka yang mampu bersusah-payah, tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada anda. Kadang kala, sahabat lebih memahami anda lebih daripada adik beradik anda. Memang benar ianya subjektif untuk diperkatakan, namun pesanan saya untuk anda diluar sana, carilah kawan yang boleh menjadi sahabat anda. Sahabat mereka yang akan membimbing anda sekiranya anda tersesat ke jalan hitam.
Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir dikala senang dan gembira tetapi sahabat hadir dikala susah, senang, sedih dan gembira. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa menjaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya, sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya yang sedang terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi dikala kawannya susah dan sedih, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan. Kawan hanya sekadar suka berbual tetapi sahabat berbual, berbincang dan berkongsi pendapat. Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernahkah anda mendengar istilah “sahabat makan sahabat”?
Anda tidak suka kawan anda? Kadang-kadang terpaksa berpura-pura senang dan suka dengan kehadirannya? tapi anda kena ingat , dia juga kawan anda yang pernah anda kenali satu masa dulu .
"100 kawan atau 1 sahabat?"
 
P/S: Jadi apa kata anda? Carilah sahabat berbanding kawan kerana sesungguhnya sahabat itu nilainya lagi tinggi dari seorang kawan. :)

No comments:

Post a Comment